BAB 11 :: PERUBAHAN PENTADBIRAN KE ARAH BERKERAJAAN SENDIRI DI SARAWAK & SABAH

Monday, 21 November 2011

1.Perubahan Pentadbiran ke Arah Berkerajaan Sendiri Di Sarawak

a. Kekalahan Jepun
b. Penyerahan Sarawak Kepada British
c. Gerakan Anti Penyerahan
d. Reaksi British
e. Langkah Ke Arah Kerajaan Sendiri Di Sarawak
f. Parti Politik Di Sarawak
2.Perubahan Pentadbiran Ke Arah Berkerajaan Sendiri Di Sabah

a) Kekalahan Jepun
b) Penyerahan Sabah kepada British
c) Langkah Ke Arah Berkerajaan Sendiri di Sabah
d) Parti Politik di Sabah


1. Perubahan Pentadbiran ke Arah Berkerajaan Sendiri Di Sarawak

a) Sarawak selepas kekalahan Jepun
- Sarawak berada dibawah pentadbiran tentera British sehingga Julai 1946
b) Penyerahan Sarawak kepada British
- Faktor-faktor penyerahan.
i) Desakan daripada kerajaan British
ii) Pertikaian keluarga
iii) masalah kewangan
- Wakil Charles Brooke iaitu Gerard T.Mac Bryan telah mendapatkan tandatangan ketua-ketua Bumiputera dan pemimpin dalam majlis tertinggi Sarawak dengan menggunakan tipu muslihat.
- 8 Febuari 1946,Brooke membuat pengisytiharan pergerakan Sarawak.
- Penyerahan mendapat bantahan daripada orang Melayu Dan Iban
- Majlis negeri meluluskan rang undang-undang dengan jumlah undi sebanyak 18 menyokong dan 16 menentang
- 1 Julai 1946,Sarawak diisytiharkan sebagai Tanah Jajahan Mahkota British
c) Gerakan Anti Penyerahan
- Gerakan menentang penyerahan negeri Sarawak kepada kerajaan British 1946-1949
- Bantahan disertai oleh (PKMS),(BPM),(BPS),(PDS).
- Faktor-faktor gerakan anti Penyerahan
1. Perlembagaan 1941
2. Tipu muslihat
3. Anthony Brooke tidak dilantik sebagai raja Sarawak(agar mudah menuntut kemerdekaan)


- Cara bantahan
1. surat bantahan
2. kawat
3. telegram
4. poster
5. Demonstrasi
d) Reaksi British
- British mengeluarkan notis pekeliling No. 9
- Kesan notis
1. Kakitangan kerajaan meletak jawatan
2. Tunjuk perasaan setiap 1 Julai (1 Julai 1947 membantah perlantikan gabenor Sarawak Sir Charles Arden Clarke)
3. Barisan pemuda Melayu mengadakan perhimpunan
- Tindakan British untuk melemahkan gerakan anti penyerahan
1. penubuhan Young Malay Association (YMA)
2. melagakan orang-orang melayu dengan orang dayak.British menuduh perjuangan anti penyerahan hanyalah untuk mengekalkan hak istimewa orang melayu Sarawak.
3. Britisah mencemuh gerakan anti penyerahan dalam majlis-majlis rasmi
- Gerakan anti penyerahan semakin lemah akibat propaganda British.
- Golongan dari BPM (Barisan Pemuda Melayu) Sibu bertemu secara sulit lalu menubuhkan Rukun Tiga Belas.
- Sir Duncan Stewart(Gabenor Sarawak Kedua) telah dibunuh oleh Rosli Dhobi (anggota rukun tiga belas)
- British mengharamkan Persatuan Melayu,Sarawak dan kekal berkuasa sehingga tahun 1963
e) Langkah Ke Arah Berkerajaan Sendiri
-1946
1. Pentadbiran Sarawak disusun semula untuk memudahkan pentadbiran
2. Sarawak dibahagikan kepada lima bahagian
3. Bahagian diketuai oleh seorang Residen
4. Setiap bahagian dibahagi kepada daerah dan diketuai oleh Pegawai Daerah.
-1947
1. Majlis tempatan dibentuk untuk memberi peluang ahli-ahli mengambil bahagian dalam pentadbiran tempatan
2. Fungsi menguruskan :-
 pelajaran rendah
 bekalan air
 jalan raya
 kesihatan
 mengawal perbelanjaan
 cukai


-1956
1. Satu pindaan dalam keahlian Majlis Negeri dan Ahli Majlis Tertinggi dalam Perlembagaan Negeri Sarawak.Ahli bertambah seramai 10 orang
f) Parti Politik Sarawak
- Parti negara Sarawak (PANAS)
- Parti Bersatu Rakyat (SUPP)
- Persatuan Cina Sarawak (SCA)
- Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)
- Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA)
- Barisan Rakyat Jati Sarawak (BERJASA)
- Parti Perikatan Sarawak
 SCA
 BERJASA
 PESAKA
 PANAS
 SNAP

2. Perubahan Pentadbiran Ke Arah Berkerajaan Sendiri Di Sabah

a) Kekalahan Jepun
- Sabah berada di bawah pentadbiran tentera British
b) Pergerakan Sabah
- Faktor-faktor pergerakan
 desakan pelabur dan pemodal Eropah
 mengeksploitasi sumber bahan mentah
 Menjamin Kedudukan dan keselamatan
c) Langkah Ke Arah Berkerajaan Sendiri Di Sabah
- Perlembagaan baru (1950)
 Wakil-wakil anak negeri di beri peluang melibatkan diri dalam pemerintahan negeri
 Majlis Kerja dan Majlis Undangan ditubuhkan
- Pilihanraya Majlis Tempatan (1952)
 memilih perwakilan secara demokrasi
- Pindaan Perlembagaan (1960)
 pindaan perlembagaan bagi menambah jumlah bilangan kaum bumiputera sebagai ahli tidak rasmi dalam Majlis Undangan .Dilantik oleh Gabenor British.
- Pilihanraya (1962)
 British memperkenalkan Pilihanraya Majlis Undangan







d) Parti politik di Sabah
- Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO)
- Pertubuhan Sabah Bersatu (USNO)
- Pasok Momogun
- Persatuan Cina Sabah (SCA) (Gabungan Parti Bersatu dan Parti Demokratik)
- 1962 Parti Perikatan ditubuhkan untuk mengambil bahagian dalam pilihanraya.
 UNKO
 USNO
 SCA
 Pasok Momogun

Rumusan :-
Parti Perikatan telah membawa Sabah dan Sarawak mencapai kemerdekaan dalam Persekutuan Malaysia.

BAB 7 MALAYSIA YANG BERDAULAT


1. Gagasan Persekutuan Malaysia
a) idea pembentukan Persekutuan Malaysia
b) Cadangan Tunku Abdul Rahman
c) Matlamat pembentukan Persekutuan Malaysia
2.Reaksi Pembentukan Persekutuan Malaysia
a) Negeri-negeri terlibat
b) Negara-negara jiran
c) Negar-negara Barat
3.Perjanjian dan Pengisytiharan Persekutuan Malaysia
a) Langkah kearah pembentukan Persekutuan Malaysia
b) Pengisytiharan Persekutuan Malaysia
c) Konfrontasi dan Perdamaian
d) Pemisahan Singapura.

1.Gagasan Persekutuan Malaysia
a) idea pembentukan Pesekutuan Malaysia
- Pembentukan Gagasan Persekutuan Malaysia adalah untuk membebaskan negeri-negeri Sarawak,Sabah,Singapura dan Brunei
- Gagasan Persekutuan Malaysia telah dikemukan oleh Tunku Abdul Rahman dan diisytiharkan pada 16 September 1963.
b) Cadangan Tunku Abdul Rahman
- idea ini mendapat sambutan positif dan pada 1964 Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia ditubuhkan
- Peranan jawatankuasa adalah untuk mengadakan rundingan dengan pemimpin-pemimpin wilayah yang terlibat bagi merialisasikan gagasan Persekutuan Malaysia.
c) Matlamat pembentukan Persekutuan Malaysia
- mempercepatkan kemerdekaan
- keseimbangan kaum
- memajukan sosioekonomi
- keselamatan dan kestabilan negara

2.Reaksi Pembentukan Persekutuan Malaysia
a) Negeri-negeri terlibat
- Persekutuan Tanah Melayu
 penduduk pada umumnya menerima prinsip gagasan Persekutuan Malaysia
- Singapura
 PETIR ,pimpinan Lee Kuan Yew menerima gagasan Persekutuan Malaysia malah dapat menyelamatkan parti tersebut daripada parti berhaluan kiri.
 Referendum diadakan bagi meninjau pendapat penduduk.Hasilnya rakyat menyokong
- Sabah
 Kesemua parti politik di Sabah bergabung membentuk parti perikatan dan kebanyakan menyokong gagasan Persekutuan Malaysia
 Parti Pasok Momogun,pada peringkat permulaan menentang.Namun akhirnya menyokong.
- Sarawak
 Sekular parti politik bergabung membentuk Perikatan Sarawak kecuali SUPP.Semua parti tersebut menyokong untuk menyertai Gagasan Persekutuan Malaysia kecuali SUPP.
- Brunei
 Idea gagasan disokong oleh Sultan Omar Ali Saifuddin tetapi ditentang oleh parti rakyat Brunei,pimpinan A.M Azhari
 Tentangan kerana menyatakan Brunei akan menjadi Tanah Jajahan Persekutuan Malaysia dan Azhari mencadangkan penubuhan kerajaan Kalimantan Utara yang terdiri daripada Brunei,Sarawak dan Sabah.
 Pemberontakan oleh Parti tersebut telah dilancarkan setelah usul ditolak dalam Majlis Undangan Negeri Brunei.
 Rundingan masih diteruskan tetapi tiada kesepakatan tentang perkara minyak dan kekanan Sultan Brunei dalam perlantikan sebagai Yang di-Pertuan Agung.
 Brunei akhirnya menarik diri daripada menyertai gagasan pada Julai 1963.
b) Negara-negara Jiran
- Indonesia
 Parti Komunis Indonesia (PKI) menuduh gagasan tersebut sebagai Neokolomialisme.
 PKI berasa tergugat dengan pembentukan kerana gagasan akan menyekat pengaruhnya
 Presiden Soekarno berhasrat untuk menyatukan Indonesia denagan Tanah Melayu bagi membentuk Indonesian Raya.
- Filipina
 Filipina menentang kerana Sabah didakwa sebahagian daripada Wilayah Kesultanan Sulu
 British tidak bersetuju kerana Laporan Suruhanjaya Cobbold dan PBB mengesahkan rakyat Sabah bersetuju untuk menyertai Persekutuan Malaysia.
c) Negara-Negara Barat
- Britain dan Amerika Syarikat menyokong pembentukan gagsan kerana dapat mempercepatkan proses kemerdekaan Singapura,Sarawak,Sabah dan Brunei.Malah pengaruh Komunis dapat disekat
-
3.Perjanjian dan Pengisytiharan Persekutuan Malaysia
a) Langkah kearah pembentukan Persekutuan Malaysia
• 27 Mei 1961 Gagasan Persekutuan Malaysia cadangan Tunku Abdul Rahman :-
- Julai 1961 Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia
 Matlamat - memberi penerangan kepada pemimpin Sarawak dan Sabah
 Hasil Laporan - Penubuhan Suruhanjaya Cobbold
- Feb-April 1962 Suruhanjaya Cobbold
 Matlamat - meninjau pandangan penduduk Sabah dan Sarawak
 Hasil Laporan - rakyat Sabah dan Sarawak bersetuju menyertai Persekutuan
Malaysia.
- Ogos 1962 Jawatankuasa antara kerajaan (JAK)
 Matlamat - membincangkan hak dan kepentingan Sabah,Sarawak dan
Brunei untuk dimasukkan dalam perlembagaan
 Hasil Laporan - Laporan Tuntutan 20 perkara Sabah
- Sept. 1962 Referendum Singapura
 Matlamat - meninjau pendapat penduduk Singapura
 Hasil Laporan - Penduduk bersetuju menyertai Gagasan Persekutuan
Malaysia.
- Ogos 1963 Suruhanjaya PBB
 Matlamat - meninjau semula pandangan penduduk Sabah dan
Sarawak atas permintaan Filipina dan Indonesia.
 Hasil Laporan - Penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju menyertai
Persekutuan Malaysia.
b) Pengisytiharan Persekutuan Malaysia
- Pada 9 julai 1963 ,Perjanjian Persekutuan Malaysia telah di tandatangani di London.Antara Kandungan perjanjian Persekutuan Malaysia ialah :-
 Kerajaan persekutuan bertanggungjawab semua urusan hal ehwal luar
 Agama rasmi persekutuan ialah Agama Islam.kecuali Sabah dan Sarawak,agama lain bebas diamalkan
 Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi Bahasa Inggeris dan Bahasa Lain masih boleh digunakan
 Bahasa Rasmi bagi Sabah dan Sarawak ialah Bahasa Inggeris sehingga 10 tahun selepas Pembentukan Persekutuan Malaysia
 Sabah dan Sarawak diberikan Kuasa mengawak hak ehwal imigrasen dan perkhidmatan awam
 Rakyat Bumiputera di Sarawak dan Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu.
- Isi perjanjian dimasukkan ke dalam perlembagaan Persekutuan Malaysia
- Pada 16 September 1963,lahir sebuah negara Malaysia yang berdaulat.












c) Konfrontasi dan perdamaian
- Indonesia dan Filipina enggan mengiktiraf Malaysia malah memutuskan hubungan diplomatic.
- Indonesia melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia
- Pemimpin Indonesia dan Malaysia tetap meneruskan usaha perdamaian
 Rundingan
 Bantahan rasmi kepada PBB
 Pertahanan melalui pasukan pertahanan tempatan
 Askar wataniah
 Bantuan ketenteraan daripada Negara-negara komanwel
 Rakyat Malaysia bersatu menghadapi konfrontasi
- Perjanjian pemulihan hubungan antara Malaysia dengan Indonesia ditandatangani pada bulan Ogos 1966.Jeneral Soeharto berjaya mengambil alih kuasa daripada presiden Soekarno selepas peristiwa Gestapo 30 September.
d) Pemisahan Singapura
- penyertaan singapura dalam persekutuan Malaysia telah menimbulkan banyak masaalah.Singapura telah membangkitkan isu sensitive sehingga meretakkan hubungan baik dengan kerajaan pusat.
- Faktor Pemisahan Singapura Malaysia
 Masaalah ekonomi
i) menuntut agar statusnya sebagai pusat perindustrian,perdagangan dan pelabuhan bebas tidak disaingi oleh kerajaan pusat.
ii) Menuntut keistimewaan cukai daripada kerajaan pusat.
 Pertikaian Parti Perikatan-PETIR
i) PETIR menuduh MCA tidak mewakili kepentingan dan kaum Cina
iii) PETIR bertanding menetang Parti Perikatan dalam pilihanraya 1964 di Semenanjung Malaysia.
 Konsep Malaysian Malaysia
i) menuntut hak sama rata untuk semua rakyat tanpa mengira kaum
ii) menafikan institusi raja dan menentang hak istimewa orang Melayu dan bumiputera.
 Rusuhan kaum
i) banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin PETIR
membangkitkan sentiment perkauman.
iii) rusuhan kaum yang berlaku di Singapura Menggugat keselamatan Negara

Rumusan :-
Pemisahan Singapura daripada Malaysia adalah untuk memastikan keharmonian,keselamatan dan perpaduan rakyat Mlaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.Pembentukan Persekutuan Malaysia memajukan semangat kerjasama,setikawan dan sikap toleransi anatara satu sama lain

0 comments:

Post a Comment