BAB 4 : KEKAYAAN EKONOMI SARAWAK MENDORONG PENJAJAHAN KELUARGA BROOKE

Monday, 21 November 2011

4.1 Perpecahan Membuka Ruang Penjajahan
1. Sultan Brunei melantik Pangeran Indera Mahkota sebagai wakil Kesultanan Brunei Sarawak.
2. Pangeran Indera Mahkota menguasai antimoni (logam) dan emas untuk mengukuhkan kawalannya ke atas Sarawak. Cukai yang tinggi turut dikenakan.
3. Orang Bidayuh yang bekerja di lombong antimoninya tidak diberi upah.
4. orang Bidayuh dan orang Melayu menentang Pangeran Indera Mahkota.
5. Tujuan kebangkitan adalah untuk membebaskan Sarawak daripada pemerintahan Kesultanan Brunei.
6. Sultan Brunei menghantar Pangeran Raja Muda Hashim untuk membantu Pangeran Indera Mahkota menamatkan kebangkitan tersebut.
7. Pangeran Raja Muda Hashim telah menawarkan kepada James Brooke sebagai Gabenor Sarawak sekiranya beliau berjaya menamatkan kebangkitan itu.
8. Dengan bantuan ketenteraan James Brooke, Pangeran Muda berjaya menamatkan kebangkitan rakyat Sarawak.
9. James Brooke membedil bandar Kuching apabila Pangeran Muda Hashim melambat-lambatkan perlantikan James Brooke.
10. Satu perjanjian antara Pengeran Raja Muda Hashim dengan James Brooke telah ditandatangani pada tahun 1841.Antara syarat perjanjian ialah:
• James Brooke memerintah negeri Sarawak dan menguasai segala hasilnya
• James Brooke harus menghormati dan memelihara undang-undang dan adat istiadat orang Melayu
13. 1842, Sultan Omar Ali Saifuddin iktiraf perjanjian 1841 selepas Sultan Omar bimbang dengan kehadiran angkatan British bersama James Brooke.Satu perjanjian ditandatangani.Antara syarat-syaratnya:
• Sultan Brunei menyerahkan Sarawak dari kawasan Tanjung Datu ke sungai Samarahan dan menyerahkan segala hasil cukainya kepada James Brooke dan pewarisnya
• James Brooke akan membayar 2500 dolar setiap tahun kepada baginda
• Agama dan adat istiadat penduduk Sarawak tidak boleh diganggu
• Sultan Brunei mengiktiraf James Brooke sebagai Raja Putih Sarawak.
12. 1846, Sultan Omar cuba menentang James Brooke tetapi gagal dan James Brooke diiktiraf sebagai Raja Sarawak yang berdaulat.

4.2 Keluarga Brooke Meluaskan Kuasa.
1. 1853, Sultan Abdul Mu’mein menyerahkan tanah antara Sungai Samarahan dengan Sungai Rajang.
2. 1861, Sultan Mu’mein menyerahkan Sungai Rajang.
3. 1883, Sultan menyerahkan lembangan Sungai Trusan.
4. 1905, Charles Brooke membeli Lawas daripada Sultan Hashim Jalal.




4.3 Keluarga Brooke Memantapkan Pentadbiran.
1. James Brooke telah memperkenalkan sistem pemerintahan beraja
2. James Brooke telah melibatkan pemimpin tempatan untuk mentadbir dan
mendapatkan sokongan rakyat.
3. James Brooke membentuk Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri serta Sarawak dibahagikan kepada lima bahagian.
4. Jabatan Kehakiman, Polis, Kastam dan Cukai serta Pos ditubuhkan.
5. Mahkamah Keadilan juga ditubuhkan.
6. Bagi mengukuhkan pengaruh British di Sarawak, British telah menandatangani perjanjian dengan Charles Brooke pada tahun 1888.Kandungan perjanjian ialah:
• British melindungi Sarawak dari serangan musuh
• Keluarga Brooke memerintah dengan bebas
• Hal ehwal luar negeri adalah dibawah kawalan British
5. 24 September 1941, Charles Brooke mengisytiharkan perlembagaan Sarawak yang menggariskan pemberian kuasa pemerintahan kepada rakyat Sarawak. Kandungannya:
• Charles Vyner Brooke menyerahkan kuasa mutlaknya kepada Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri
• Raja Sarawak memerintah dengan nasihat Majlis Tertinggi
• Majlis Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang dan menguruskan kewangan
• Raja mempunyai kuasa unruk membatalkan undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Negeri
• Raja Brooke melantik kebanyakan ahli Majlis Tertinggi dan Majlis Negeri

4.4 Perubahan Ekonomi di Bawah Pentadbiran Keluarga Brooke.
1. Untuk menjaga kepentingan ekonomi, keluarga Brooke tidak menggalakkan kemasukan pelabur luar secara besar-besaran. Ini adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan ekenomi mereka
2. Hasil hutan seperti sarang burung, getah jelutung, rotan serta tanaman tradisional seperti kelapa, gambir, lada hitam dan sagu diusahakan dengan giat.
3. Sarawak kaya dengan antimoni, emas, arang batu, raksa dan minyak.
4. Orang Cina diberi peluang untuk bergiat dalam bidang perdagangan dan perlombongan
5. Tanaman baru seperti getah dan tembakau telah di perkenalkan.
6. Petroleum digali di Miri pada tahun 1882.
7. Antimoni ialah logam yang berharga di Sarawak, Brooke memberi monopoli melombong antimoni kepada Syarikat Borneo










4.5 Perubahan Sosial di Bawah Pentadbiran Keluarga Brooke.
1. Keluarga Brooke menjalankan dasar pecah dan perintah untuk menghalang perpaduan kaum dan menjamin kedudukannya sebagai Raja Sarawak.
• Melayu - Pentadbiran
• Iban - Ketenteraan
• Cina - Pertanian, Perlombongan dan Perdagangan
• India - Perniagaan Kain di Kuching
• Sikh - Polis
2. Pusat pentadbiran dan perdagangan seperti Kuching, Miri dan Sibu.
3. Kemudahan asas terhad dibandar-bandar sahaja manakala pengangkutan air adalah sistem pengangkutan utama.
4. Brooke kurang memberi perhatian terhadap kemudahan asas dikawasan pedalaman
5. Perkhidmatan pos, telegraf, telefon, hospital dan klinik di bandar besar.
6. Charles Brooke membina sekolah Melayu dan Cina sahaja.
7. Pembinaan hospital dan klinik dimulakan oleh mubaligh kristian dan hanya terdapat di bandar-bandar besar seperti Kuching dan Sibu
8. 1924, Jabatan pelajaran ditubuhkan untuk mengawal perkembangan pendidikan di Sarawak. Semua sekolah yang ditubuhkan mesti berdaftar dengan jabatan ini.

0 comments:

Post a Comment